Avatar Mogok Lapar Palestin Dan Teori Baru Yang Bodoh  | NescafeAis.Com


.

.

Avatar Mogok Lapar Palestin Dan Teori Baru Yang Bodoh

May 18th, 2012 0 Comments .
.

xxx

Dengan pelancaran kempen DP (avatar) facebook mogok lapar Palestine beberapa hari lepas, alhamdulillah ia memberikan impak positif. Public awareness berjaya dicipta dan menyebabkan masyarakat dunia tertanya-tanya, warna coklat apakah yang sedang menghiasi facebook. Kempen macam tu bukanlah segala-galanya untuk Palestin dan umat Islam. Ia bukanlah satu penyelesaian , tapi ia bakal mencetuskan public awareness yang positif.

Memang, setakat berkempen di facebook ia bukan jalan penyelesaian yang pantas untuk membebaskan bumi umat Islam yang dijajah oleh para kafir harbi. Tapi adakah tindakan sebilangan besar umat Islam seluruh dunia yang turut serta dalam kempen ini tak layak dipuji?. Yang rasa tak nak tukar DP , doa pun jadilah. Jangan sibuk memperlekehkan usaha orang lain.

Selepas impak positif daripada DP mogok lapar tu, muncul pulak dah satu teori bongok ala-ala teori konspirasi iluminati yang cukup bodoh. DP mogok lapar pun turut ‘diteorikan’ mengikut akal sendiri yang tak tahu hujung pangkal cerita.

recd

Memetik teori bangang tersebut, ia berbunyi seperti:

“Tinggalkan gambar-gambar DP yang berwarna coklat . Ini menunjukkan sesiapa yang menggunakan gambar-gambar ni dalam profilenya menunjukkan dia adalah tawanan Zionis Israel, kain penutup dimata memberi maksud kita tidak melihat apa2 kekejaman Zionis Israel terhadap umat Islam. Tag perkataan yg tertulis adalah tulisan Yahudi. Maka, tukar secepat mungkin gambar-gambar ini. Harap maklum. Wallahualam.”

 

Kepada golongan yang hanya tahu kondemkan usaha orang lain, aku rasa korang patut kaji dulu sesuatu info sebelum percaya dan hebahkan kepada orang lain, berikut petikan dari Fb Amenoworld yang menjelaskan kecelaruan mengenai teori bangang golongan si pengkondem ni

Kawan2 fb aku dari palestine sendiri guna pic profile neh, fb rasmi dan twitter rasmi palhungers pun guna gambar profile neh.. penat2 depa promote, create dan buat kempen ada pula orang2 gila meroyan rosakkan kempen2 depa.. dengan niat memanipulasi.. tah sapa2 tah yang cakap terus korang percaya. Silap2 dia israel yang menyamar jadi orang arab utk kacau bilaukan kempen.

Hari tue di tv cakap israel dah bersetuju.Tapi bila aku check wall palhungers benda neh masih berterusan.. apa citer neh? Kenapa tv cakap dah lulus.. aku pun tak faham bab tue. Malas nak ulas lanjut. Check juga news di online, aljazeera tapi tak jumpa2.. tv3 tersalah lapor ka der?

Kesimpulan aku mudah jek, taknak tolong takpelah der. Taknak sokong pun tak pe juga lah der. Tapi jangan sabotaj. Tak kiralah kekawan ko dari magribi ka apa ka.. mana2 ka.. yang penting ketahui lah.. orang islam neh bukan seme nya bodoh2. Kalau benda neh ciptaan israel awal2 lagi takan wujud pun fb palhungers apa seme.. dorang terlebih dahulu masak dengan suasana di sana berbanding kita janganlah kita beranggapan dorang tue bebal sangat sampai tak reti beza plak..

Dan satu lagi, takde sapa2 paksa ko sokong pun. Hak memasing. Nak buat, buat, taknak buat sudah. Jangan sebarkan auta utk gagalkan kempen orang. Kalau terbukti ko benar aku respect, tapi kalau ternyata ko silap tanggunglah akibat sebab mengagalkan kempen orang.. oke. Bai – AMENOWORLD

Ok..dah paham?Kalau korang masih rasa teori bangang ni betul,baca pulak di entry ni Apa Maksud Simbolik Avatar Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike supaya fitnah yang tersebar tak diperluaskan lagi.

Bawah ni pulak perkataan yang tertera pada logo DP Logo di sebelah kanan yang bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel  (IPS).

Diharap, fakta-fakta ni menyangkal teori tak berasas tu. Sesedap rasa je buat kenyataan itu dan ini asalkan dirasa dapat menimbulkan kesan logik pada akal. Lepas tu, ditulisnya “wallahu a’lam”.

Dan lagi, takde sapa yang memaksa korang sokong. Nak buat, buat, taknak buat sudah. Jangan sebarkan teori bodoh untuk mengagalkan kempen orang lain. Sebelu buat teori tu kaji betul-betul dulu, jangan ikurt sedap akal je.

Kredit;-amenoworld dan soutulmujahid

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Avatar Mogok Lapar Palestin Dan Teori Baru Yang Bodoh”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!