Selepas Ariel Peterpan Bebas Luna Maya Dan Cut Tari Akan Di Penjarakan? | NescafeAis.Com


.

.

Selepas Ariel Peterpan Bebas Luna Maya Dan Cut Tari Akan Di Penjarakan?

July 23rd, 2012 0 Comments .
.

luna maya

Sekitar jam 9.08 pagi tadi, media Indonesia digamatkan dengan pembebasan penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham. Secara umumnya, semua sedia maklum bahawa Ariel telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun 6 bulan, bermula pada 23 Jun 2010 yang lalu selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam kes penyebaran video porno dengan dua artis wanita Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari.

Menurut satu laporan media Indonesia, Ariel telah memanjatkan syukur dan gembira atas pembebasan bersyaratnya. Selain itu, beliau turut mengakui sangat senang kerana saat ini sememangnya sudah lama beliau nanti-nantikan. Sewaktu melangkah keluar dari Rumah Tahanan Kebon Waru, Ariel telah disambut oleh kedua orang tuanya, anggota Peterpan yang lain, penyanyi kumpulan Geisha, Momo serta para peminat setianya yang digelar Sahabat Peterpan.

Setelah pembebasan Ariel, laporan media Indonesia turut menyebut bahawa, berkemungkinan dua selebriti iaitu Luna Maya dan Cut Tari yang didakwa terlibat dengan kes ini, turut akan dijatuhkan hukuman penjara tidak lama lagi.

Menurut seorang pegawai polis Jakarta, Agus Rianto, kes yang membabitkan Luna Maya dan Cut Tari ini masih lagi dalam proses siasatan dan kes ini masih lagi belum selesai, bahkan pihak polis Indonesia sendiri diminta untuk melengkapkan data-data yang berkaitan dengan kes ini.

Sementara itu, selesai sahaja sidang media pembebasan beliau, Ariel difahamkan akan ke BAPAS (Balai Permasyarakatan) bagi menyelesaikan dokumen-dokumen yang harus ditandatangani sebagai syarat PB (Bebas Bersyarat). Selain itu, Ariel turut merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama pihak media dan Sahabat Peterpan di Hotel Grand Serela, Bandung.

sumber:Malaysiandigest

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Selepas Ariel Peterpan Bebas Luna Maya Dan Cut Tari Akan Di Penjarakan?”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: