Apa Itu Skim Latihan 1 Malaysia Dan Cara Permohonan  | NescafeAis.Com


.

.

Apa Itu Skim Latihan 1 Malaysia Dan Cara Permohonan

June 3rd, 2011 4 Comments .
.

Skim latihan 1 malaysia

Pada 1 jun 2011 Perdana Menteri Dato, Seri Najib telah melancarkan SL1M atau skim latihan 1 Malaysia, Skim Latihan ini adalah bagi membantu siswazah menganggur untuk mendapatkan kerja yang sesuai dengan kelayakan mereka..berikut adalah,apa itu skim latihan 1 Malaysia,syarat dan cara permohonan Skim Latihan 1 Malaysia atau SL1M.

Objektif

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.

Latar Belakang

Setiap graduan keluaran universiti adalah aset Negara. Oleh itu Kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan, terutamanya melalui program-program yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Program-program tersebut telah berjaya mengurangkan mismatch antara keluaran universiti dan keperluan industri. Selain daripada itu, beberapa institusi lain juga turut mengambil peranan untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Bank Negara Malaysia misalnya telah melaksanakan program latihan singkat kepada sejumlah 500 graduan daripada latar belakang keluarga miskin yang mana telah membolehkan graduan tersebut mendapat pekerjaan yang bersesuaian. Graduan tersebut adalah antara pelajar cemerlang yang mencapai skor CGPA sekurang-kurangnya 3.0. Mereka pada awalnya sukar mendapat pekerjaan kerana kurang keyakinan dan pendedahan kepada aspek sosial etiket sebenar alam pekerjaan. Setelah mereka menjalani latihan pembangunan sahsiah dan internship, mereka mendapat keyakinan diri sehingga terpilih untuk bekerja dalam syarikat-syarikat besar.

Berdasarkan kejayaan program tersebut, Kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan program ini sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) melalui penglibatan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan pihak swasta secara corporate social responsibility (CSR).

Pelaksanaan Program SL1M

Ciri-ciri umum dan pendekatan pelaksanaan program SL1M adalah seperti berikut :

1. Institusi pelaksana adalah terdiri daripada GLC yang akan melaksanakannya sebagai CSR;

2. Struktur program latihan akan mengandungi elemen soft-skills dan minimum 6 bulan on-the-job training;

3. Peserta yang tamat kursus akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan;

 

Kriteria pemilihan peserta :
1. Terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mencapai skor CGPA sekurang- kurangnya 2.5; dan

2. Pengambilan akan dibuat secara berperingkat mulai bulan Julai 2011;

5. Kumpulan sasaran adalah graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat dan lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed):

6. Laman web SL1M – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, telah mengadakan paparan khas mengenai SL1M dalam laman webnya dan dihubungkan dengan semua laman web GLC yang mengambil bahagian. www.epu.gov.my/sl1m; dan

7. Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web GLC berkenaan.

 

Syarat

Terbuka kepada graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mendapat CGPA 2.5 dan ke atas.

Bagaimana proses permohonan?

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (application form) yang disediakan oleh GLC secara talian (online register) dilaman web organisasi yang terlibat.

Siapa yang layak memohon?

Graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat dengan CGPA 2.5 dan keatas. Lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed) juga layak memohon.

Senarai syarikat yang terlibat?

Fasa Pertama melibatkan Bank Negara Malaysia dan 25 GLC.

Kemudahan/faedah sepanjang latihan?

Peserta akan diberi Latihan soft-skills dan on-the-job training. Disamping itu, peserta juga akan diberi elaun berdasarkan jumlah yang ditentukan oleh GLC terlibat.

Senarai GLC atau Syarikat yang mengambil bahagian dalam menjayakan program SL1M Fasa 1

Terdapat sebanyak 26 Syarikat yang terlibat dalam menjayakan program Skim latihan satu Malaysia, untuk melihat senarai syarikatb terlibat anda boleh klik link di bawah..

Klik untuk lihat senarai syarikat atau GLC terlibat..

 

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

4 Comments to “Apa Itu Skim Latihan 1 Malaysia Dan Cara Permohonan”

  1. noni says:

    Sl1m untuk yang ade sarjana muda ke atas aje ke. Macamana pulak kami kami yang cuma ade diploma?

  2. nurul iman says:

    stuju ngn noni.. cmne, plak kmi yg cme ade diploma.. sedih plak, rse cm “pilih kasih”.. tertarik nk tw ape mksd SL1M.. search pnye search dpt lah tw.. tp.. last2.. juz untk mreka yg ade ijazah srjana muda jew… mmg agk terkilan.. btol2 tkilan.. excited mmg xyh ckp larh.. sbb ingt nk jOin.. prgm latihan yg dianjurkan.. tp, hmmm.. faham-faham jelah.. prasaan kami budak diploma yg inginkan pkerjaan sperti mreka yg ada ijazah srjana muda.. cm xde penghargaan bt kami, mentelaah bahan-bahan ilmiah smase menuntut ilmu.. sy yg ambik cos diploma psikologi.. memang nk sgt pkerjaan yang melibatkan bidang sy.. dlm mncri sektor pkerjaan.. baik kerajaan mahupun swasta.. sy serta rakan-rakan diploma, kami langsung tak memilih kerja.. asalkan, pihak tertentu memberi kami peluang meneroka serta mendalami dunia pekerjaan yang sebenar.. saya boleh nyatakan, agak terkilan.

  3. shanti says:

    Hw check my sl1m status…

  4. shanti says:

    Hye…anyone know hw to check te sl1m status?

Leave your comment here: