Apa Itu SBPA | Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam? | NescafeAis.Com


.

.

Apa Itu SBPA | Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam?

October 8th, 2011 3 Comments .
.

Dalam pembentangan bajet 2012 semalam,PM mengumumkan terdapat satu sistem saraan baru yang akan menggantikan Sistem saraan Malaysia ( SSM) yang lama , sietem itu dikenali sebagaiĀ  Sistem saraan baru perkhidmatan awam atauĀ  SBPA . SBPA bermatlamat untuk mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorentasikan prestasi.

SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred.

Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Mulai tahun depan, kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Dengan Sistem SBPA ini,penjawat awam juga dijangka mendapat kenaikan gaji antara 7 hingga 13%.Apapun kita tunggu jawapan terperinci kerajaan mengenai sistem SBPA ini.Harap sistem Sistem saraan baru perkhidmatan awam atau SBPA yang akan digunapakai bagi menggantikan Sistem gaji lama SSM benar-benar membantu penjawat awam.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

3 Comments to “Apa Itu SBPA | Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam?”

  1. Isu Panas says:

    alhamdulillah, moga semua kakitangan awam dapat menjalankan tugas dengan sewajarnya..

  2. mohd najib says:

    alhamdulillah… bg yang selalu ngelak keje n ade bisnes kat luar tu pandai2 la nak idop ye… silap2 pegawai yg baru setahun jagung berkhidmat nanti lebih baik gajinya berbanding yg dah berkhidmat 9-10 tahun… ape cer?

  3. Mohd Shamsul Kamal says:

    Apa yang patut dielakkan ialah seperti balik kpd SSB. JPA perlu wujud elemen pemarkahan agar apa yang dinilai oleh Penilai tidak akan dipertikai oleh Yang Dinilai. Dengan kata lain, ianya telus dan turus.

Leave your comment here: