Apa itu Jadual Gaji Sebaris SBPA? | NescafeAis.Com


.

Apa itu Jadual Gaji Sebaris SBPA?

October 10th, 2011 16 Comments .
.

jadual gaji sebaris

Rata-rata ramai penjawat awam masih kurang paham mengenai sistem gaji sebaris SBPA,aku pun tak paham sangat,namum hasil dari aktiviti menggogle aku rasa (tak pasti) sistem mata gaji sebaris ini bermaksud…gaji minimum dengan gaji maksimum pada sesuatu jawatan adalah sebaris..sebagai contoh:

Make free IDD calls. Won’t that save u a bunch? Only if u hv MaxisHome

Cherish your perfect mate with Coffeemate with a creative, romantic twist

Contoh perkiraan Gaji sebaris PT17

gred 17,22,26 akan disepadukan
gaji minimun 17 = RM820.38
gaji maksimun 26 = RM3266.95

dalam SBPA mata gaji untuk gred 17,22,26 akan di buat dalam satu baris.

T1 = RM820.38
T2 = RM940.29
T3 = RM1060.20
kenaikan tahunan
T1-T17(RM120),T18-T22(RM160)T22-T30(RM220)

jumlah kemungkinan gaji yang bakal naik mengikut gred
GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320

p/s:-ni sumber dari hasil bacaan aku la,apepun kita tunggu pekeliling dari JPA mengenai gaji sebaris ni.Diharap la betul-betul membantu..

Menangi hadiah-hadiah yang cool seperti iPad 2 dan Samsung Galaxy Ace!

petikan berita harian

” Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80.00 – RM320.00 mengikut gred. Disamping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.”

nampak tak ayat yang aku bold tu,maknanya korang perlu sign dulu opsyen SBPA untuk terima kenaikan ni,kalau tak gaji korang masih di sistem lama (SSM).Apa syarat-syarat dia,kita tunggu pekeliling dari JPA mengenai jadual gaji sebaris SBPA ni.

So apa pendapat korang?..

 

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

16 Comments to “Apa itu Jadual Gaji Sebaris SBPA?”

  1. poru says:

    bajet byk menguntungkan kakitangan kerajaan … tiada pun bajet yg membantu golongan yg bekerja di swasta ..

  2. Blog Sensasi says:

    x kisahla camana pun yg penting ada kenaikan..tunggu jelah..biar org yg bertauliah buat kita tunggu je hehehe

  3. nestley says:

    ntah pe2 lah…spttnya bla bajet da diistiharkn pembayaran pn mst la da siap dibuat n bla pembentangan dato mengistiharkan bln bpa je gaji bru mulai dibyar semua da siap ckup time trus dpt..tu bru btul prestas kje..hehehe..lg 1 aku nk komen spttnya gred gji yg tinggi xpyh la bg kenaikkan tinggi sbb dorg da gji bsar dpt kenaikkn tinggi lg la byk dorg dpt…kita yg pendptan rendah ni la yg lg rugi..yg untg org gaji tinggi jgak ..aku xfhm krajaan bg kenaikkn gaji n kenaikkn thnan ke atau dpt kenaikkn thnan jerk…

  4. bley says:

    bagai mana dengan PT22 berkelulusan u,ngapa x d ambil perhatian oleh cuepac dan jpa,sepatutnya gaji adalah setaraf dgan kelulusan….

  5. din says:

    jusa a b c ramai mana sangat
    ni golongan yang ada ijazah yang sambung belajar bila berlaku kenaikan yang tak setara 35% 25% 15% golongan ini yang dulu kalau tak sambong belajar dapat gaji lebih. Saya sambong belajar isteri tidak sama2 maktab sama thun posting tapi gaji dia lebih dari teman…..teman habis 20 000 untuk dapat segulung ijazah.kalu macam itu tak buka u banyak biar anak2 kita koje kuli je kenaikan tahunannya banyak….betul ke….suruh anak anak tuan belajar sampai spm je…..dapat n17 banyak le naiknya….eeeee…..tuan2 sebenornya duit kita banyak habis pada eksoseri hidup….kerana nak pakai innova….nak pakai mercs..
    terpakai le….bila rosak gigit jari……rumah pulak tak nak ngalah daripada orang lain….uhhhhh…..dah ada rumah beli lagi……pay sleep…bantai je gaji tinggal berapa duit je……ngate orang atas…gaji besor….besor periuk besor le keraknya..
    rasa barang mahal masak sendiri…sebungkus mee boleh makan sekeluarga….oooo tak sedap…bubuh le kuib ayam dan aji no moto lebih….baru ngam…..ni orang pompuan dah malah masak…..sesakali makan kat luar tu ok juga……ini bergantung pada kita juga………jaga sembahyang allah berkati rezeki,hidup tenang,keluh kesah tu kurang…..belum tentu gaji tak bahagia
    dan belum tentu gaji beso bahagia…..apa2pun semua nya bergantung pada hati
    elok hati eloklah segala-galanya……..teman minta diri dulu

  6. triple x says:

    masa aku mula-mula menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam dulu sistem gaji memang sebaris… dengan sekatan percubaan – kalau tak disahkan dalam perkhidmatan gaji akan berhenti setakan tiga kenaikan. Selepas tu ada pula sekatan peperiksaan – dan seterusnya sekatan kecekapan..

  7. mimi says:

    kamu bekerja di sektor swastA yang kedekut….aku sektor swasta, gaji skali naik paling rendah pon RM 300.00, tapi kalau kamu itu hanya ada spm or diplomaa sastera..kamu mesti terima seadanya, sebab kamu kurang ada peluang untuk mendapat gaji yang tinggi…so, carilah tempat yang menawarkan gaji lumayan…. sebenarnye usaha itu tangga kejayaan, i rase org nak masok gomen pon kene u yang terbiukan….pas tu yang mohon…mmmmmm sendiri mau engat….so, kite x bolehlah nak compare dgn org2 yang bernasib baik…cuba muhasabh diri seket, baru kerajaan umumkan kenaikan gaji kakitangan dah nak melatah….sowi to say….just to shar

  8. petai padi says:

    Teman dulu penah gak keje swasta d kilang kain kat Kemuntin Tepen Perak.Gaji nya RM 5 renget saghi.Campor duit COLA baru dlm RM 180.Teman anak sulung kena tanggung adek adek sekolah lima oghang.Ayah teman sakit Asma x bulih keje
    lasak sikit .Ate koje nya noreh getah oghang kena asma mana bolih koje lasak gitu.
    Tapi Allah maha kuasa walau pun gaji teman kecik yek dapat juga teman bantu ayah ngan mak teman dan juga adik2 teman.Tak pulak teman merungut sbb gaji kecik.Berbanding ngan oghang skrg baik yg koje swasta atau yg koje gomen pada teman bersyukur lah sbb. kome ada koje.Yang koje SWASTA dpt BONUS dua tiga bulan senyap aja.Tapi yg. koje gomen dapat bonus
    1/2 bulan gaji pun kome sebok.Ingat le kamu semua kalo nk gaji banyak belajo tinggi sampei pass unibersiti. Tak da sape pun marah.apa2 pun berjimat cermat berbelanja anda pasti akan sentiasa bahagia dalam hidup macam teman.Teman suka tengok oghang kita senang.
    So you do what they all do.

  9. pak haji dee says:

    Salam buat petai padi. kome keja kilang mane Kilang Folex ke tepen ke,teman pun biasa keja kilang tu dari tahun 1973 hingga 1977 ingin nak cari kawan kawan lama

  10. [...] GAJI BARU SBPA 2012 – SBPA 2012 – PEKELILING RASMI SBPA TAHUN 2012Cerita pasal gaji SBPA 2012 lagi,ramai yang dah tak sabar nak tahu pasal gaji baru 2012 ni, pekeliling [...]

  11. gem says:

    buat nesley…

    mmg la klo gred besar patut dapat gaji besar…

    mengaji tinggi2 masuk unibesiti, tak kan nak sama dgn org ngaji spm?

    klo gaji spm tgi dri degree, kerajaan tak pyh bkk unibesiti la gtu…

    dan tak pyh jugak la nk kamu bebel pada ank2 suh bljo tgi2 masuk unibesiti…

  12. Pak Abu says:

    Aku pun ingat nak suruh anak belajar takat SPM je. Pas tu mintak keja kumpulan sokongan. Pas tu desak CUEPAC mintak kenaikan gaji hampir2 sama dgn gaji orang yg masuk U. Untung x payah pecah kepala belajar, x payah bayar pinjaman PTPTN. Tanggung jawab pun x besar. Apa2 hal serah je pada orang atas. Rasanya kalau tiap2 tahun desak kerajaan akan bagi jugak. Contohnya pelarasan gaji beberapa tahun lepas merupakan durian runtuh bagi kumpulan sokongan dgn kenaikan 35%. Yang susah payah belajar masuk U hanya dapat 15% je. Akibatnya ramai yg dapat jawatan baru selepas dapat ijazah dapat gaji yg lebih rendah berbanding rakan yg x sambung belajar. Keadaan yg memalukan, pangkat tinggi, gaji rendah hingga jadi bahan tertawa kakitangan bawahan.

  13. pak rom says:

    Kalau dh betul2 skim baru ni bagus utk semua kakitangan awam, apsal main pilih2 opsyen plak? dah tu suruh tandangan secara muktamad. Kalau nak bg kenaikan gaji, bagi je la, ni buat opsyen2 plak. K’jaan ada trick kot….

  14. prihatin says:

    1 hal yang tak menyeronokkan : boleh buang pekerja dan sekat kenaikan gaji kalau prestasi x baik selama 3 thn berturut-turut. Nak buang org mmg senang, tapi byk masalah yg akan timbul…siapa yg selesaikan? Tak perlulah drastik sgt mcm tu. Yg berprestasi rendah, boleh ditegur secara berhemah, atau tanya apa masalah dia sebenarnya (cth: mungkin masalah r/tangga – suami buat hal).

  15. [...] tidak menyertai pasukan petugas khas semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), sekiranya tiga lagi pemimpin kanannya tidak dibenarkan untuk menganggotai pasukan [...]

  16. David Marcal says:

    Kita membuka Bisnis kecil, apakah kita menerimah gaji atau mengaji diri sendiri??
    Tolong ia Jawabannya….

Leave your comment here: