Anzalna Lantik Peguam Dan Terkejut Dengan Tulisan Zubir  | NescafeAis.Com


.

.

Anzalna Lantik Peguam Dan Terkejut Dengan Tulisan Zubir

June 13th, 2012 3 Comments .
.

NEELOFA VS ANZALNA

Pergaduhan manja antara Neelofa dan Anzalna sudah masuk ke round ke-3: Petang tadi dalam satu sidang media ringkas di Bandar Utama, Neelofa mendedahkan yang beliau sudah melantik dua orang peguam dan menghantar notis tuntutan kepada Anzalna Nasir.

Pihak Neelofa beri 7 hari kepada anzalna untuk respons terhadap notis yang dikeluarkan pihaknya, mereka akan meminta satu permohonan maaf secara terbuka.

Dan, tindakan saman juga merupakan satu kemungkinan yang dilihat oleh peguam Neelofa. Berikut maklumbalas Anzalna Nasir selepas tindakan Neelofa.

“Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa kerana perkara ini boleh di’bawa berbincang secara baik dan professional. Saya tidak berniat untuk membuka cerita lama”

“Oleh kerana perkara ini sudah melibatkan badan guaman, saya juga telah pun melantik peguam saya sendiri untuk melihat notis tuntutan Neelofa & tindakan selanjutnya,” ujar Anzalna Nasir yang di’temui awal malam ini.

“Seperkara lagi, saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali kali saya pesan dan minta supaya tidak dikeluarkan untuk menjaga hati semua pihak.”

“Apa pun, saya dan peguam akan berbincang untuk memberi maklumbalas kepada Neelofa dalam masa tujuh hari seperti yang dituntut,” tambah Anzalna Nasir sebagai penamat bicara.

P/S;-Diorang ni harap rupa ngan body je, sebab tu ada orang tengok cite diorang…lakonan??..hampeh..apepun, baik diorang ni berpakat saman si Zubir je…sama-sama untung..hehehe.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

3 Comments to “Anzalna Lantik Peguam Dan Terkejut Dengan Tulisan Zubir”

  1. vee avi says:

    lawyer pun bosan la layan hal remeh cam ni…mrk ni umpama mak cik2 yang gaduh kat area perumahan aku pulak..

Leave your comment here: