Video Anggota Polis Buli Remaja Dalam Tahanan  | NescafeAis.Com


.

.

Video Anggota Polis Buli Remaja Dalam Tahanan

July 17th, 2012 1 Comment .
.

Video Anggota Polis Buli Remaja Dalam Tahanan

Sebuah rakaman yang dimuat naik ke halaman facebook sejak beberapa hari lalu menjadi topik hangat diperbualkan oleh komuniti maya laman sosial itu.

Video rakaman buli itu menunjukkan aktiviti beberapa orang anggota yang dilihat membuli dua orang remaja di dalam tahanan dipercayai di salah sebuah Balai Polis di negara ini.

Melalui perbualan di dalam rakaman itu, difahamkan video tersebut dirakam oleh salah seorang rakan sekerja anggota Polis yang sedang membuli itu.

Rakaman itu menunjukkan bagaimana remaja yang ditahan dan dalam keadaan bergari disepak kuat berulang kali mengakibatkan remaja itu tertiarap.

Kedengaran dialog remaja yang disepak berulang kali itu juga disuruh oleh anggota Polis yang merakam video itu agar menjilat kembali ludahnya di atas lantai.

Berikut video yang dimaksudkan.

SOURCE:MILOSUAM

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Video Anggota Polis Buli Remaja Dalam Tahanan”

  1. Aya says:

    Apa salah remaja tu pun, janganlah dibuat macam tu..macam tak berperi kemanusiaan jak.. sepatutnya mangsa atau keluarga mangsa tu boleh saman polis tu melalui video ni..

    Kalau polis perangai macam ni.. macam mana orang nak hormat mereka kan? Tak profesional langsung..huhu..

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!