Anak Rini AF7 Baru 2 Hari Kritikal Kerana Jatuh Katil | NescafeAis.Com


.

Anak Rini AF7 Baru 2 Hari Kritikal Kerana Jatuh Katil

August 14th, 2012 6 Comments .
.

anak rini af

Perasaan gembira menimang puteri sulung berubah menjadi sedih buat Rini bintang Akademi Fantasia 7 (Rini AF7) apabila bayi perempuannya yang diberi nama Maryam Joanna dilaporkan jatuh katil pada 11 Ogos lalu.

Berita ini disahkan Rini AF yang tatkala ini baru saja pulih dari trauma selepas berdepan dengan insiden yang tragik itu.

“Saya selamat melahirkan anak saya, Maryam Joanna di Hospital Putrajaya pada jam 9.34 pagi Khamis lalu. Saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan kerana anak saya seberat 4.25 kg. Waktu itu, suami saya ada bersama saya tetapi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan.

“Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Ini semua kuasa Allah dan saya hanya mampu berdoa agar anak saya cepat sembuh dan selamat. Apatah lagi, hanya tinggal beberapa hari saja nak menyambut Syawal. Saya harap, semua doakan yang terbaik untuk anak saya. Saya juga akan lakukan yang terbaik untuk anak saya itu,” katanya.

Anak Rini AF7 Baru 2 Bulan Kritikal Kerana Jatuh Katil

Menjelaskan lanjut kejadian yang menimpa anaknya itu, Rini AF7 yang merupakan penyanyi lagu Apa Sebenarnya memberitahu anaknya itu lemas selepas terjatuh dari katil di rumahnya.

“Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah.

“Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.

“Saya memang sedih sebab dia adalah cahayamata pertama saya. Saya mengandungkan dia selama 10 bulan. Saya menjalani pembedahan apabila sudah cukup tarikh untuk dia dilahirkan,” jelasnya.

Marilah sama-sama kita mendoakan semoga anak rini cepat sembuh.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

6 Comments to “Anak Rini AF7 Baru 2 Hari Kritikal Kerana Jatuh Katil”

  1. auc dot com says:

    hiss guane boleh jatuh katilnya
    moga baby cepat sembuh…

  2. zack says:

    tukar nama kepada lebih islamic…mengada2 artist sekarang..Joanna la…terikut ikut barat..kadang 2 nama tu tak serasi..

  3. nescafeais says:

    zack: ikut dia la anak dia…

  4. iena says:

    semoga anak cepat sembuh.bnyk2 istighfar,sabar, allah lebih mengetahui segala nye..

  5. zapple says:

    dah berlaku mcm ni, kita haruslah mendoakan yg baik2 agar anak itu cepat sembuh…bukan mencari kesalahan dan keaiban ibu bapanya…come on ler…wake up..be positive

  6. [...] empat hari kritikal, anak sulung Rini AF7  penyanyi program realiti Akademi Fantasia AF7, telah meninggal dunia di Kajang, tengah hari [...]

Leave your comment here: