Ana Raffali Kini Bertudung | NescafeAis.Com


.

.

Ana Raffali Kini Bertudung

February 8th, 2012 1 Comment .
.

 

gAMBAR Ana Raffali Kini Bertudung

Taniah Ana Raffali Atas keputusan untuk bertudung…comel pun bila¬† Ana memakai tudung

“Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan… Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung,” komen Ana Raffali mengenai keputusannya untuk bertudung.

“Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. ‘It felt right.’ Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata ‘Alhamdullilah’.

Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya.

“Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini bila ada yang bertanya (bila Ana nak bertudung), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakanlah.

“Ana berasa lebih tenang sekarang dan dengan penghijrahan ini, Ana mengharapkan yang terbaik. Ana masih seperti yang anda semua kenali dulu cuma Ana melihat diri Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih sempurna.”

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Ana Raffali Kini Bertudung”

  1. neelofa says:

    Bertudung memang wajib dan tampak lebih sopan dan manis. Cuma makcik Ana ni jenis serabai sikit, dulu masa x bertudung pun rambut tak terurus. Jad bila pakai tudung tu biarlah terurus dan kemas. Jgn serabai juga.

Leave your comment here: