Wartawan Malu Besar, Alat Mainan Seks Disangka Cendawan | NescafeAis.Com


.

Wartawan Malu Besar, Alat Mainan Seks Disangka Cendawan

June 22nd, 2012 0 Comments .
.

alat

Akibat terlampau ghairah kerana menyangka mendapat berita ekslusif, seorang wartawan muda dari China mendapat malu besar dan menjadi bahan ketawa selepas menyangka alat mainan seks yang ditemui sekumpulan penduduk kampung sebagai cendawan.

Stesen tv Xi’an City membuat permohonan maaf selepas beberapa penonton memberitahu kesilapan yang memalukan ini, sambil menyatakan “pemberita kami masih muda dan mentah dengan perihal sebegini”.

Rancangan yang disiarkan Ahad lalu (17/6/2012) menunjukkan seorang wartawan berkumpul bersama sekumpulan penduduk kampung berhampiran sebuah baldi yang dipenuhi air bersama ‘cendawan misteri’ yang terapung di dalamnya.

Menurut seorang penduduk kampung yang bernama He, beliau telah menemui sesuatu yang pelik di dalam tanah.

“Saya telah membantu rakan untuk menggali telaga kira-kira sedalam 80 meter sebelum kami menemui objek pelik ini,” menurutnya.

“Kami tidak tahu apakah ia, tetapi ia seolah-olah mempunyai mata dan hidung.”

Wartawan itu telah menghuraikan objek itu adalah mirip cendawan lancar dengan salah satu hujungnya kelihatan seperti mulut manusia.

Xi’an kemudiannya menghantar wartawan Yunfeng Ye ke tempat lokasi.

Setibanya di perkampungan itu, dia kemudiannya membuat ulasan panjang lebar mengenai penemuan `cendawanan’ berkenaan termasuk bentuknya.

“Kira boleh melihat ia menyerupai mulut, manakala di bahagian sebelah lagi ada lubang yang menghubungkan antara satu sama lain. Ia amat lembut seolah-olah seperti daging,’’ lapornya dalam laporan berita di televisyen berkenaan.

Seorang penduduk kampung menambah “Kami telah menemui dengan beberapa orang warga tua, ada di antara mereka berusia 80 tahun untuk merujuk apakah objek tersebut, tetapi mereka tidak pernah melihat objek seperti itu sebelum ini.”

Selepas merujuk di dalam laman web berkaitan objek berwarna merah jambu ini, He mula merasakan ia adalah sejenis kulat yang dikenali sebagai lucid ganoderma.

Wartawan wanita muda ini kemudiannya berkata akan membawa cendawan ini kepada ahli botani untuk di analisis.

Walau bagaimanapun, beberapa penonton yang menonton rancangan ini dengan cepat mendapati bahawa objek misteri ini sebenarnya adalah faraj tiruan.

“Kejahilan ini sangat dahsyat. Bagaimana wartawan ini boleh tersilap menyangka alat mainan seks ini adalah sejenis kulat?” komen seorang penonton di dalam microblog Weibo.

“Saya memiliki sebuah kedai mainan seks dan objek ini adalah sama seperti faraj tiruan yang saya jual setiap hari,” kata seorang penonton lain di Tianya.cn.

Stesen 2 telah mengakui kesilapan tersebut di laman web mereka semalam.

“Kami memohon maaf di atas kesilapan dari liputan berita pada hari Ahad lepas. Insiden ini telah menarik perhatian awam dan komen,” katanya.

“Kami memohon maaf jika menyebabkan ketidakselesaan kepada penonton kerana pemberita kami masih muda dan mentah dengan perihal sebegini.”

 

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Wartawan Malu Besar, Alat Mainan Seks Disangka Cendawan”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: