Aidil Zafuan Batal Tuntutan Cerai Rita Rudiani | NescafeAis.Com


.

Aidil Zafuan Batal Tuntutan Cerai Rita Rudiani

May 16th, 2012 0 Comments .
.

rita rudiani tak bercerai

Dalam prosiding ringkas di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam petang ini, Aidil Zafuan membuat tuntutan balas terhadap permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini yang difailkan minggu lalu.

Menurut Aidil Zafuan, permohonan sebab dari pihak Rita Rudaini membuktikan yang isterinya itu masih mahu bersama beliau dan mahukan perkahwinan ini terus kekal.

Oleh itu, Aidil Zafuan bersetuju untuk membatalkan tuntutan cerai yang beliau failkan sebelum ini & memohon Rita Rudaini juga anak anak untuk berpindah ke rumah beliau di USJ 1.

“Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia dan anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” ujar Aidil Zafuan di luar dewan.

Di’tanya rasional atas tuntutan pindah rumah ini, Aidil Zafuan berkata beliau lebih selesa untuk tinggal di’rumah yang di’berikan majikan beliau kini & sesuai dengan pendapatan beliau sekarang.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Aidil Zafuan Batal Tuntutan Cerai Rita Rudiani”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: