Adun Pas Kelaboran Mohd Zaki Dan Abby Abadi Nafi Sudah Bernikah | NescafeAis.Com


.

.

Adun Pas Kelaboran Mohd Zaki Dan Abby Abadi Nafi Sudah Bernikah

August 3rd, 2012 1 Comment .
.

ABBY ABADI

Berita Abby abadi..berita ke 5 minggu ni pasal Abby Abadi..hehehe.Kali ni gosip kahwin pulok. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi.

Mohd Zaki Ibrahim yang merupakan wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.

Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.

“Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya,” katanya ketika.

Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.

“Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.

“Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya,” kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

Abby melalui laman sosial twitter menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.

Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, “hai abby… betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran” dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata.

Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat ‘jodoh’ hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik.

dipetik dari SinarHarian

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Adun Pas Kelaboran Mohd Zaki Dan Abby Abadi Nafi Sudah Bernikah”

  1. darnyarania says:

    ABBY NI MEMANG BODO P BELAJAR DULU BAB AGAMA BANYK2 PAS TU BOLEH JD USTAZAH NI X HARAM APA SATU X TAU DH NK JD USTAZAH.CONTOHI LAH WARDINA

Leave your comment here: