Adi Putra Failkan Permohonan Bercerai | NescafeAis.Com


.

Adi Putra Failkan Permohonan Bercerai

May 17th, 2012 1 Comment .
.

Musim artis bercerai untuk sessi 2012. Jika sebelum ini kisah hangat Rita Rudiani dan aidil bercerai yang kemudiannya berakhir dengan Aidil Zafuan Batal Tuntutan Cerai Rita Rudiani. Dan selebriti terbaru yang bakal naik turun mahkamah adalah Ady Putra yang bakal bercerai.

Ady Putra dikatakan telah sah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya Aida Yusof pada 11 Mei 2012 yang lalu.

Bercakap kepada media Ady Putra bagaimana pun enggan mengulas lebih lanjut tentang permohonan cerai beliau tetapi menegaskan yang tiada orang ketiga dalam isu ini.

“Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” kata Ady Putra.

Menurut Ady Putra, beliau dan isteri memilih jalan untuk berpisah secara baik selamat semua usaha menyelamatkan hubungan mereka menemui jalan buntu.

“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” tambah Ady Putra lagi.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Adi Putra Failkan Permohonan Bercerai”

  1. […] ni telah mengfailkan permohonan cerai terhadap isterinya. Namun menurut portal hiburan Rotikaya,Adi Putra difahamkan telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan awal pagi tadi untuk menarik […]

Leave your comment here: