[Update] Ada Bom Meletup Di Pavillion KL??? | NescafeAis.Com


.

[Update] Ada Bom Meletup Di Pavillion KL???

July 20th, 2011 0 Comments .
.

adabomdipavillion

Baru dapat info tadi..berlaku kesesakan di sekitar kuala lumpur kerana pihak polis mengesyaki ada bom meletup di Pavilion KL, Jalan Raja Chulan ..betul ke eh..dapat info pun dari twitter…

update twitter berkenaan bom di pavillion…apepun tunggu berita pasal ni…ada sesape yang leh sahkan???

adabomdi pavillion

Gempar serbuk disangka bom

KUALA LUMPUR – Pengunjung dan kakitangan sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang semalam, gempar dengan penemuan sebuah kotak kecil berbalut wayar disyaki bom yang diletakkan di belakang pusat beli-belah itu.

Bagaimanapun kotak berbalut surat khabar itu bukan bahan berbahaya dan polis tidak menolak kejadian itu akibat permainan individu yang sengaja mahu menakutkan orang ramai.Kotak yang hampir membuatkan orang ramai menjadi panik itu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan ketika sedang membuat rondaan kira-kira jam 8.30 pagi, sebelum melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman (gambar) berkata, selepas mendapat maklumat itu, polis segera menghantar Unit Pemusnah Bom untuk membuat siasatan lanjut ke tempat kejadian.Zulkarnain berkata, siasatan awal menunjukkan kotak tersebut bukan mengandungi bom atau bahan letupan seperti yang digemparkan.

“Pemeriksaan dapati terdapat serbuk berwarna putih yang masih belum diketahui isi kandungannya.

“Kita masih belum dapat tentukan sama ada serbuk putih itu berbahaya atau tidak kerana siasatan sedang dibuat,” katanya semalam.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu menakut-nakutkan orang ramai serta kakitangan di situ.

“Keterangan beberapa saksi sudah diambil termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti individu yang terlibat,” katanya.

Menurutnya, tempat kejadian dilaporkan selamat dan bebas daripada sebarang ancaman bom.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Sekali serbuk putih da….kecoh je…hehehehe..sumber SinarHarian

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “[Update] Ada Bom Meletup Di Pavillion KL???”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: