Abby Abadi: Terlalu Banyak publisiti Dan Fitnah Selepas Hijrah | NescafeAis.Com


.

.

Abby Abadi: Terlalu Banyak publisiti Dan Fitnah Selepas Hijrah

August 14th, 2012 1 Comment .
.

Terlalu banyak publisiti dan fitnah yang dilemparkan kepada pelakon popular Gerak Khas, Abby Abadi selepas menyertai Pas berbanding semasa bergiat aktif dalam industri hiburan.

Katanya, ramai pihak mempertikaikan penghijrahan yang dibuat kepada imej bertudung disebabkan oleh Pas dan bukan kerana ALLAH.

“Hidayah yang diturunkan ke atas saya bukan hidayah sesat dan setuju menyertai Pas kerana ingin sama-sama membantu menyebar dakwah.

“Selepas menyertai Pas, kefahaman terhadap Islam lebih mendalam dan diakui bahawa sebelum penghijrahan banyak melakukan kesilapan serta tidak mengikut syariat Islam secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata, Jika diberi pilihan masuk syurga atau masuk televisyen, saya pilih masuk syurga walaupun diakui masih cintakan bidang lakonan.

Katanya, perubahan imejnya juga banyak memberi cabaran terutama daripada rakan seperjuangan yang memandang sinis tidak kurang juga menganggap perubahannya sekarang tidak secara keseluruhan atau untuk mendapat publisiti murahan.

“Pelbagai fitnah dilemparkan termasuk saya telah berkahwin dengan seorang ahli politik parti Pas dan tidak faham kenapa penghijrahannya dilihat dari sudut negatif.

“Hakikatnya saya tidak suka dengan cara hidup sekarang iaitu berdakwah secara terbuka tetapi yakin pilihan yang dibuat adalah tepat sebagai platform menjelaskan bahawa Islam dan politik sememangnya tidak boleh dipisahkan,” katanya.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Abby Abadi: Terlalu Banyak publisiti Dan Fitnah Selepas Hijrah”

  1. asda says:

    itu kata2 orang yang sudah terlalu taksub. i x peliklah.. pokok pangkalnya, kita sendiri sebagai pemerhati tahu memilih yang baik dan yang mana sebaliknya.

Leave your comment here: