Abby Abadi Melenting Dengan Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus?? | NescafeAis.Com


.

Abby Abadi Melenting Dengan Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus??

August 16th, 2012 1 Comment .
.

Pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama. Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak.

Program yang dinamakan Santai Anak Muda bersama Selebriti turut menampilkan penyanyi Faizal Tahir sebagai salah seorang panel dan pelawak Man daripada program Raja Lawak sebagai tetamu undangan. Acara tersebut bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada hujung minggu lalu. Namun, bukan isu kemunculan Faizal Tahir atau Man yang jadi perhatian tetapi Abby Abadi yang telah mengelabah dengan kenyataan yang dikeluarkan Ustaz Azhar Idrus walaupun tokoh yang dihormati ini sudah pun menjelaskan bahawa kata-katanya itu ditujukan secara umum dan bukan kepada individu tertentu.

Ianya bermula dengan pertanyaan oleh Abby kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama. UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan.

Selain itu, antara jawapan UAI adalah;

“Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan.

Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah.

Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI.

Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI.

Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.”

Layan video dibawah untuk lebih jelas

Ustaz Azhar turut menjelaskan bahawa mereka yang berhijrah daripada buruk kepada yang baik tidak sepatutnya mengutuk atau menghentam mereka yang masih belum berhijrah atau masih ‘lagha’ (lalai). Belum sempat Ustaz Azhar menghabiskan ayatnya, Abby sudah memotong cakap ustaz dan bertanya adakah ustaz menuduh dia seperti yang dimaksudkan itu.

Adakah Abby tidak senang dengan teguran yang diberikan Ustaz Azhar walaupun ustaz tidak menuding kepada sesiapapun. Amboi, sampai takleh nak tegur langsung. Entah apa motif Abby nak terasa hati mengenai teguran daripada Ustaz Azhar yang katanya tidak menyelar sesiapa. Ni la orang kata kalau siapa makan cili dia yang akan terasa pedas.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Abby Abadi Melenting Dengan Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus??”

  1. izhar says:

    Hal kecik jer nie…. nescafe o ais ni tajuk gempak lah “Melenting” mcam baca Harian Metro ngan Komo plak… hahahaha..

Leave your comment here: