Aaron Aziz Dikutuk Kerana Puji Dato Hishamuddin | NescafeAis.Com


.

.

Aaron Aziz Dikutuk Kerana Puji Dato Hishamuddin

June 13th, 2012 0 Comments .
.

Gara-gara memuji Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien menerusi Twitter, pelakon popular Aaron Aziz dikutuk peminat yang melihat pujian tersebut sebagai “membodek” bagi mempercepatkan proses mendapatkan status penduduk tetap yang dipohonnya.

Menurut laman blog hiburan terkenal, Oh Bulan, ada pemilik akaun Twitter yang menyatakan bahawa Aaron mampu menggunakan popularitinya itu untuk “memotong barisan” pemohon lain yang terlebih dahulu memohon status penduduk tetap berbanding dirinya.

“Ada yang berkata bahawa populariti Aaron Aziz bisa membolehkannya untuk memotong ‘que’ barisan pemohon status penduduk tetap! Wah, bukan main nakal lagi ye mulut-mulut orang ni ye! Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya,” kata laman hiburan tersebut baru-baru ini.

Menurut sumber dari sebuah blog di Hazrey.com ( http://www.hazrey.com/2012/06/856-people-going-against-our-effort.html), Aaron sebenarnya terpilih untuk turut serta di dalam satu kempen menyelamatkan kanak-kanak yang terlibat sebagai mangsa perhambaan.

Menurut Hazrey, kempen tersebut dalam diam telah menarik minat Hishamuddin yang kemudiannya membawa perkara tersebut di dalam perhatian untuk tindakan lanjut.

Beliau dikatakan telah berbincang dengan beberapa selebriti seperti Aaron dan Diyana Halik bagi membantu kempen mengutip derma bagi mengisi tabung untuk dana sebuah pusat perlindungan yang berunsur keagamaan. Komen artis mengenai beberapa pemimpin politik sebelum ini menimbulkan kontroversi di kalangan peminat.

p/s:-politik..oh politik…hehehe..kelakar..

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Aaron Aziz Dikutuk Kerana Puji Dato Hishamuddin”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!