5 Gambar Kontroversi Apek dan Shida Harmi | NescafeAis.Com


.

.

5 Gambar Kontroversi Apek dan Shida Harmi

November 28th, 2011 0 Comments .
.

Gambar Apek Dna Shida Harmi – Gambar Khairul Fahmi (Apek) Dan Shida Harmi -  Gambar Khairul fahmi dan Shida Harmi

gambar apek dan shida harmi

 

Petikan Metro – Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat@ Apek, 22, sekali lagi dilanda kontroversi berikutan penyebaran lima keping gambar mesra apek bersama seorang gadis dikenali Shida Harmi yang kini tersebar luas menerusi beberapa blog hiburan.

Gambar apek dan Shida Harmi yang dimuat naik di laman portal hiburan terbabit malam kelmarin dilakukan individu tidak dikenali atau kemungkinan dilakukan sendiri gadis berkenaan dipercayai sebagai usaha menjatuhkan reputasi penjaga gol kebangsaan itu yang popular dengan gelaran Apek.

Seakan-akan menerima nasib malang buat Khairul Fahmi selepas dia putus tunang 3 Ogos lalu dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, penjaga gawang itu dikaitkan kontroversi panas selepas beberapa gambarnya bersama kekasih, Dahlia Teck tersebar luas menerusi Internet termasuklah ketika mereka berada di Singapura dan tempat yang eksklusif.

Namun, pada 2 November lalu, Apek sekali lagi tersentak dengan penyebaran dua gambarnya bersama Dahlia Teck diambil dan dimuat naik di portal hiburan ketika mereka dan beberapa rakan meraikan pesta hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sambil beberapa botol arak bergelimpangan di atas meja.

Apek bagaimanapun, menafikan meminum arak dengan alasan mukanya merah padam disebabkan suasana panas dan keadaan yang sesak, namun biarpun tidak melakukannya Apek tetap ditegur Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed kerana disabitkan sebagai bersubahat.

Gambar Mesra Apek Dan Shida Harmi

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “5 Gambar Kontroversi Apek dan Shida Harmi”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!