4 Gambar: Lelaki Tidak Siuman Bawa M-16 , Pakai Baju Celoreng Ditahan | NescafeAis.Com


.

.

4 Gambar: Lelaki Tidak Siuman Bawa M-16 , Pakai Baju Celoreng Ditahan

January 15th, 2014 0 Comments .
.

dd

Ipoh: Seorang lelaki menggemparkan orang ramai selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan apabila berjalan kaki di Jalan Sultan Azlan Shah Utara, di sini, semalam, sambil membawa objek menyerupai raifal M-16 dan berpakaian ala tentera.

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, lelaki yang berusia 28 tahun itu dilihat mundar-mandir di kawasan berkenaan oleh orang ramai dan pengguna laluan berhampiran Pasaraya Tesco Extra, Bercham di sini, yang kemudian memaklumkan kepada polis berhubung kelakuan pelik lelaki terbabit.

Menurut sumber, polis yang mendapat maklumat tiba ke lokasi kejadian beberapa minit kemudian sebelum mengesan dan mengepung suspek.

“Lelaki terbabit mengangkat tangan tanda menyerah diri selepas dikepung polis dan dia digari, namun pemeriksaan terhadapnya tidak menemui objek seperti senjata api yang dikatakan itu dan dipercayai sudah dibuang di tepi jalan berkenaan.

dd

“Selepas disoal siasat, lelaki itu membawa anggota polis ke kawasan dia membuang objek seperti raifal itu dan pemeriksaan lanjut mendapati senjata berkenaan adalah senjata palsu jenis M203 iaitu raifal M-16 dilengkapi pelancar grenad,” katanya, semalam.

Katanya, ketika diberkas, lelaki terbabit yang berkaca mata hitam, turut memakai baju celoreng tentera dan topi besbal serta seluar jean biru.

“Siasatan mendapati lelaki terbabit membeli senjata palsu itu pada 2012 di bandar raya ini dan membawa senjata berkenaan di kawasan itu hanya untuk bermain saja kerana sejak kecil minat menjadi askar manakala baju celoreng askar pula dibeli di Air Tawar, Sitiawan, dekat sini, empat bulan lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang ditahan itu mempunyai masalah mental dan pernah mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, di sini.

“Lelaki itu ditahan pada jam 2 petang berhampiran sebuah hotel di Jalan Sultan Azlan Shah Utara dan hasil siasatan mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, manakala senjata yang dimiliki adalah palsu.

“Semakan dengan Hospital Bahagia Ulu Kinta mengesahkan lelaki itu mempunyai rekod masalah kesihatan mental dan kali terakhir dihantar ke pusat rawatan itu pada 2005,” katanya.

dd

dd

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “4 Gambar: Lelaki Tidak Siuman Bawa M-16 , Pakai Baju Celoreng Ditahan”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: